Apa Itu Peribahasa Melayu?
Peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.
Definisi:
1. Dewan Bahasa dan Pustaka (Persuratan Melayu)
Menurut definsi yang dihuraikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Peribahasa boleh dijelaskan sebagai ayat atau kelompok kata yg mempunyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian tertentu ataupun digelar juga bidal, pepatah.
Maksud susunan kata peribahasa tidak boleh diterjemahkan perkataan demi perkataan. Sebaliknya, susunan kata tersebut mempunyai maksud tertentu.
2. Luqman Ariffin& Abu Khair Atan :
mengatakan bahawa Peribahasa-mencerminkan ketajaman, renungan dan pemikiran nenek moyang kita yang membandingkan realiti kehidupan dengan segala gerak laku manusia dan alam sekeliling.
3. Sulaiman Zakaria
mendefinisikan Peribahasa sebagai jalan untuk menyampaikan sesuatu maksud secara halus.
4. Wan Abdullah Ali, Naemah Mohd Ashari& dan Za'ba
mendefiniskan peribahasa sebagai ayat yang mengandungi susunan kata yang pendek dan indah, mempunyai kebenaran dan membawa makna yg luas.
5. G.Soosai pula menterjemahkan bahawa Peribahasa adalah bahasa halus yang mengandungi kata-kata sindiran tajam yang lekas berkesan di dalam jiwa.
6. Asmah Hj Omar
mengatakan bahawa peribahasa merupakan cara orang Melayu memberi nasihat tanpa melukakan hati seseorang.
7. Annas Haji Ahmad turut membahaskan mengenai Peribahasa. Beliau mengatakan bahawa Masyarakat Melayu lama menggunakan peribahasa dalam segala lapangan hidup.
Sifat, perwatakan dan nilai sesuatu masyarakatdapat disampaikan melalui peribahasa.
Kesimpulan
Berdasarkan definisi yang dijelaskan di atas, dapatlah kita simpulkan di sini bahawa Peribahasa merupakan salah satu seni percakapan yang dicipta oleh nenek moyang kita yang mengandungi maksud yang jelas serta kebenaran yang jitu berdasarkan pemerhatian mereka.Peribahasa juga dapat menyembunyikan kata-kata yang kasar seperti sindiran dan kekasaran yang diselimuti dengan kata-kata halus yang berkesan. Dengan ini fahamlah kita akan kekayaan dan keindahan alam peribahasa Melayu.